DISINI BERMULANYA..

DISINI BERMULANYA..

Monday, August 2, 2010

my 2nd online journ work.. :)

Media Antara Persepsi dan Realiti
Ruang berita. Informasi. Hiburan. Fesyen. Pergolakan dunia. Politik dan pelbagai lagi isu-isu yang hangat yang akan menjadi bualan media-media pada masa kini. Klazky (1984) dalam Henson mengatakan persepsi didefinisikan sebagai proses untuk menentukan makna apa yang kita rasa dan yang kita fikirkan. Persepsi juga dapat diertikan satu komponen untuk membeda-bedakan, mengelompokan, memfokuskan atau kemampuan mengorganisasikan pengamatan. Ada juga yang mengertikan persepsi sebagai proses untuk mengingat atau mengidentifikasikan sesuatu. Setiap orang dalam dunia ini mempunyai sesuatu yang akan diperkatakan dengan media. Mereka masing-masing menpunyai persepsi yang tersendiri tentang media. Ada yang mengatakan media itu mempunyai rangkaian yang luas. Ada juga yang berpendapat media itu dunia maksiat. Sesetengah juga berkata media merupakan sumber informasi terkini. Bagi anda yang membaca artikel ini, apa pandangan anda? Tentu ada makna tersendiri yang ingin anda suarakan.
Tidak kira apa jua yang anda katakan tentang media, terimalah bahawa inilah realiti dunia media yang sebenar. Macam-macam boleh berlaku dengan kewujudan media. Apa yang buruk tentang media, apa yang baik tentang media, apa yang kurang tenang media, apa yang terlebih mengenai media, sekali lagi saya tekankan, inilah realitinya. Relaiti tentang media yang kita semua terpaksa hadapi. Terima kasih kepada media yang telah memberi informasi tidak henti-henti dan sedarlah wahai media yang telah menyalah gunakan kuasa yang anda punyai.
p/s: sorry if ayat n structure ayat x btol... :) just short article, yg pnjang hanya tok lecturer... :P

No comments:

Post a Comment