DISINI BERMULANYA..

DISINI BERMULANYA..

Wednesday, July 28, 2010

my online news punye work... Inilah Malaysia :)

Bebas. Aman. Makmur. Harmoni. Malaysia juga dikenali sebagai syurga dunia. Begitu banyak perumpamaan yang begitu baik untuk menggambarkan negara yang aman ini. Negara yang penuh dengan perbalahan, pergaduhan, perperangan, dan sebagainya sama sekali bukan ciri-ciri yang menggambarkan Malaysia.
Malaysia merupakan negara yang bebas untuk sesiapa sahaja untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama yang tersayang, pergi kemana sahaja tanpa ada halangan dan tanpa ketakutan. Seperti yang kita semua sedia tahu, di Malaysia merupakan salah satu negara yang ramai pelancong dari luar negara meletakkan Malaysia sebagai senarai lima teratas untuk melancong.
Bayangkan, negara lain yang pada waktu ini dilanda peperangan dan berbagai musibah tidak bebas untuk keluar dari rumah kerana bimbang dengan pengganas yang sentiasa mengawal di luar rumah. Apa lagi yang diinginkan rakyat Malaysia? Kita sepatutnya merasa berbangga kerana telah dilahirkan di muka bumi Malaysia ini.

Oleh itu, kita semua harus sedar dan bangun dari tidur yang lena. Tidak bermaksud negara kita sudah aman dan damai, kita pun turut aman dan damaikan diri. Kita seharusnya memnyibukkan diri demi kemajuan yang kita sama-sama idamkan dan sasarkan iaitu pencapaian Wawasan 2020.
p/s: kene post to get xtra marks.. :) thanx sir...
ni pendek nye article, yang panjang nye hanya tok lecturer.... :P

No comments:

Post a Comment